Sunday, February 13, 2011

its complicated~

00.12 a.m.
9/2/11
Wednesday

A LOOSER...... :’(

Become a single back!!!why?why?why?

Ya,ketentuan!!!! Takdir. Siapa yang tahu jodoh mereka... hanya Allah S.W.T. yang Maha Mengetahui... kenapa semua ni berlaku pada aku?  Aku  tak layak pun untuk dicintai. Masakan duduk tak sama rendah berdiri pun tak sama tinggi, impikan untuk hidup bersama. Bak kata orang, pipit sama pipit, enggang sama enggang. Tak kan layak untuk bergandingan bersama....aku insan yang kerdil....yang tiada apa untuk dimegahkan......

Malam ini, adalah malam yang paling sedih untuk aku. Renung ke langit, tidak berbintang. Masakan mahu ternampak bintang, sedangkan bulan pun tidak mempamerkan wajah. Ibarat alam mengetahui keadaan hati aku yang retak seribu, bagai menanti jatuh ke tanah dan hancur berderai...

Hujan yang turun, seolah-olah mengetahui diri ini yang tidak berhenti menangis. Ibarat kata-kata inggeris yang baru sahaja aku tuliskan di wall facebook aku beberapa hari yang lepas ‘i love walking in the rain, because no one knows  i am crying’.....kalaulah boleh aku berjalan sambil menangis....tapi, tidak mungkin, kerana hari telah larut malam.....  Ufh....betul-betul susah untuk diterima oleh akal. Puas aku mencari, apakah ini kesudahan yang aku impikan? TIDAK!!!!

Aku impikan cerita aku berakhir seperti kisah Nabi Adam dan Hawa, walaupun terpisah di syurga akhirnya berjumpa di dunia, ibarat cerita Cinderella, di mana Prince Charmingnya sanggup melakukan apa sahaja demi dirinya, wanita yang dicintai, juga seperti kisah Rapunzel, walaupun bahaya yang datang, namun si teruna tidak berputus asa melawan kejahatan dan kekejaman ahli sihir.

He is the one in my life. I don’t have anyone in my life. He is the best that ever been mine. Dia seorang lelaki yang benar-benar dapat membuka pintu hatiku setelah sekian lama tidak berpunya. Andai waktu boleh diundur, benarkah aku boleh membetulkan keadaan?  Aku akan terus menunggu dia. Biarpun seribu tahun. Aku tidak akan berpaling arah. Biar aku jadi diriku sendiri. Biar aku tegakkan pendirian aku yang berpegang pada janji-janji ku..... InsyaAllah. Aku hanya mampu berdoa agar Allah bukakan pintu hati dia untuk melihat siapa aku? Untuk menghargai diri aku. Seandainya hatiku transparent akan ku berikan kepada dirinya untuk melihat diri aku yang kerdil ini. Seandainya ada jodoh di antara kami, aku bersyukur. Jika tiada, aku redha. InsyaAllah...... tiada kata yang dapat ku gambarkan di saat dan ketika ini. Hanya mampu berdoa agar Allah memberikan kesabaran kepadaku dan kemenangan itu akan berpihak pada orang yang bersabar.... 
INSYAALLAH, BARAKALLAHUALAIKUM.....

No comments:

Post a Comment