Sunday, April 17, 2011

selamatkan hatiku....~

Tuhan! Robek-robekkanlah hatiku dengan takutkan Mu. Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatan Mu. Hancur luluhkanlah hatiku dengan Jabbar dan Qahhar Mu. Hiris-hiriskanlah hatiku dengan Rahman dan Rahim Mu. Kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrat dan Iradah Mu. Agar jangan manusia dan kuasa yang lain merobek-robek hatiku. Supaya kebesaran manusia tidak pecahkan hatiku. Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris hatiku. Aku berlindung denganMu daripada makhluk yang merosakkan hatiku. Juga aku berlindung dengan Mu jangan sampai dunia dan nikmat merosakkan hatiku Tuhan! Selamatkanlah hatiku daripada dirosakkan oleh pujian. Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahan. Tuhan, apalah ertinya aku cintakan syurgaMu padahal hatiku tidak mencintaiMu. Apalah ertinya aku takut akan nerakaMu sedangkan hatiku tidak takut dengan Mu. Tuhan, hidayahMu yang ku pinta, TaufiqMu yang ku mahu. Selamatkanlah aku tuhan... Peliharalah aku.. Pimpinlah aku kejalan keselamatan. Engkau adalah tuhanku, pelindungku, Amin ya rabbal ’alamin...

No comments:

Post a Comment